Kakitangan hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim, KP Kesihatan arah siasat

Kakitangan hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim, KP Kesihatan arah siasat

Kakitangan hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim, KP Kesihatan arah siasat. WANITA melalui detik trauma dalam hidup apabila kepala bayi dalam kandungan dipenggal dan ditinggalkan dalam rahimnya.

Begitulah situasi dilalui seorang ibu yang terpaksa menanggung detik ngeri dalam hidup dek kecuaian seorang kaki tangan perubatan dalam melakukan kerjanya dan menyebabkan kepala bayinya terpenggal sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.

Wanita berusia 32 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah perubatan di kawasan tempat tinggalnya.

Memetik laporan NDTV, menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, kecuaian itu disebabkan tiada doktor sakit puan, kaki tangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma.

Kakitangan hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim, KP Kesihatan arah siasat

Jelas Raheel, kaki tangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.

Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.

Mereka kemudian bergegas ke LUMHS, di situ, keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu.

Agak bernasib baik, tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.

Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.

Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kaki tangan wanita di RHC tersebut.

BACA:

Geram tak beri duit, pengemis ketuk kepala wanita sedang makan

Fadzilah Kamsah kongsi 7 kebaikan Adibah Noor wajib kita ikut

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)