Kakak OKU dikurung dalam kandang, jadi sarang serangga dan ular

Kakak OKU dikurung dalam kandang, jadi sarang serangga dan ular.SEORANG wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara hampir dua tahun setelah mengaku bersalah kerana mengabaikan dan mendera setelah mengurung kakaknya yang berkeperluan khas, dalam kandang kayu buatan sendiri.

Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwa raya.

Leona Biser, 52, mengaku mengurung kakaknya, Loretta Lancaster, 54, dalam kandang kayu dengan keadaan tilam yang kotor di ruang tamu.

Rumah tersebut diselaputi najis, malah menjadi sarang kepada serangga dan ular.

Kakak

Ketua Peguam Pennsylvania, Josh Shapiro menggelarkan rumah tersebut sebagai ‘rumah yang ngeri’ di mana tidak sesuai untuk didiami oleh orang lain.

Rumah tersebut katanya tidak mempunyai bilik mandi atau saluran air.

“Apa yang dilakukan Leona Biser kepada kakaknya tidak dapat dimaafkan, tetapi perbicaraan ada untuk mendapatkan keadilan,” kata Shapiro dalam kenyataan pada Khamis.

Mangsa, Lancaster, dikatakan memiliki pemikiran seperti kanak-kanak, dikeluarkan dari rumah tersebut dibawa ke hospital pada awal 2020.

Dia diberi rawatan kerana jangkitan saluran kencing dan menghidap Rhabdomyolysis, penyakit yang berpotensi mengancam nyawa yang disebabkan oleh kerosakan tisu otot.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/09/04/kurung-kakak-oku-dalam-kandang-rumah-bernajis-jadi-sarang-serangga-ular#cxrecs_s

BACA: MIC pilih untuk kekal bersama BN