Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula

Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula 7e near me 7e

 

Sejak semalam kecoh dengan reaksi orang ramai apabila mengetahui seorang wanita yang digelar ‘Kaklong’ malah dijemput bagi satu rancangan temubual di sebuah stesyen TV.

Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju serta tidak berpuas hati selain merasakan individu tersebut sangat tidak sesuai untuk ‘dijulang’ susulan tindakan kasarnya yang pernah viral sebelum ini.

Stesen TV ambil kira kegelisahan tercetus & ambil keputusan untuk tangguh penyiaran episod tersebut.

Tak lama selepas itu, stesen TV yang berkenaan akhirnya mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang respon diterima.

Dalam statement tersebut, pihak produksi menegaskan kehadiran wanita bernama Wan Noor Baizura tersebut dalam rakaman turut disertai seorang pendakwah yang bertindak memberi teguran serta pengajaran susulan perkongsian viral baru-baru ini.

Dek kerana kecaman yang diterima, mereka mengambil keputusan untuk menangguh sementara tayangan episod tersebut.

Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula 7e near me 7e

Dia mesti diri dia dah famous…Aku dok kate, mu kate

Namun tak sampai 24 jam lagi berita tentang tayangan rancangan itu ditangguhkan, satu rakaman terbaru sewaktu Kaklong sedang melakukan sesi live malah tular sekali lagi.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontar netizen sambil berjalan senget beserta riak wajah berbeza tak ubah seperti orang kurang upaya (OKU).

Demi Allah saya tak ada persendakan OKU, saya gurau masa tu dalam live…Serba benda nak rakam

Walau bagaimanapun, Baizura menafikan dakwaan tersebut dan bertegas tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan OKU.

Di kesempatan tersebut, Kaklong dilihat turut meminta maaf jika ada pihak yang terasa akan kelakuan serta percakapannya dalam rakaman itu.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga sempat luah rasa kecewa sering menjadi target netizen untuk mencari kesalahan.

Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula

Tonton:

Berita Lain:

Diana Rafar dedah perangai sebenar Zamarul, “dah tak tahan rasa macam nak bercerai!”

Akhirnya terdedah pilot misteri yang berjaya tembak 10 jet Rusia

“Akakkk..akakkk….”, sayu dengar panggilan burung ni, terpaksa berpisah dengan tuannya

CATEGORIES