Kajol & Ajay Devgan dah bercerai?

Kajol & Ajay Devgan dah bercerai?

Pelakon Bollywood, Kajol baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan drama bersiri terbarunya

Dan ia membuatkan ramai teruja kerana aktres ini membuat kemunculan semula selepas lama ‘hilang’ dari skin besar.

Kajol & Ajay Devgan dah bercerai?

Belum lagi ditayangkan, drama bertajuk The Trial itu meraih perhatian peminat disebabkan aksi berani Kajol bersama pelakon lelaki di dalam drama berkenaan.

Difahamkan, terdapat adegan Kajol mencium aktor, Alyy Khan dan ia mengejutkan ramai kerana aktres itu dikatakan mempunyai polisi untuk tidak bercium dalam lakonan sejak 29 tahun lalu.

Adegan hangat itu telah dimuat naik di Twitter dan mendapat reaksi pelbagai daripada warganet dan ada pula yang membuat andaian bahawa Kajol telah bercerai dengan Ajay Devgan.

Mana tidaknya, pasangan selebriti ini pula memang sering dilanda pelbagai isu dalam rumah tangga dan peminat sendiri pun sudah tidak terkejut dengan berita penceraian itu.

Malah, Ajay pula dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan pelakon wanita bernama Kangana Ranaut.

Bagaimanapun, media melaporkan video adegan hangat itu bukanlah dilakukan oleh Kajol kerana sudah berpisah dengan suaminya dan pasangan berkenaan sebenarnya masih lagi bersama.

BACA:

“Kawan aku tak boleh ada dekat dengan suami, tiap hari suami kena maki, patutlah suami dia senyap je, rupanya ini yang dia pernah buat”