Kajian dapati majoriti rakyat mahu PKP yang lebih ketat

Kajian dapati majoriti rakyat mahu PKP yang lebih ketat

Majoriti rakyat Malaysia bersetuju agar kerajaan memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19.

Dapatan itu adalah berdasarkan kaji selidik Astro AWANI yang mendapati sejumlah 57.1 peratus bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.

Sebanyak 25,939 responden senada agar kawalan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu PKP itu diperketatkan lagi.

Sementara itu, seramai 8,645 atau19 peratus responden berpendapat, merehatkan sektor berisiko sebagai keputusan terbaik.

Namun, ada juga berpandangan bahawa Malaysia seharusnya meneruskan sahaja pelaksanaan PKP yang sedia ada apabila 6,992 atau 15.4 peratus yang berpendapat sedemikian.

Dalam kaji selidik itu, Astro AWANI turut mendapati seramai 3,835 responden atau 8.4 peratus menyatakan rasa tidak peduli tentang cadangan langkah terabik dalam melandaikan jangkitan baharu dalam negara ketika ini.

Berdasarkan daripada tinjauan tersebut, seramai 45,411 responden telah mengambil bahagian daripada kaji selidik menerusi platform utama media sosial yang dijalankan selama 24 jam itu. –AA