Kahwin je dapat bantuan RM1K, mohon sekarang

Kahwin je dapat bantuan RM1K, mohon sekarang. Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah bantuan bagi golongan miskin dan yang kurang berkemampuan layak menerima sumbangan perkahwinan sebanyak RM1000 oleh kerajaan Negeri Kelantan.

Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Kadar Bantuan:
Bantuan wang tunai bernilai RM1000 dalam bentuk cek (atas nama calon).

Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).

Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.

Perkahwinan kali pertama (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).

Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.

Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).

Bantuan ini boleh dimohon oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Pemohon hendaklah mendapatkan borang di lokasi berikut:

Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.

Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim.

Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia.

Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.

Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

Langkah 3: Hantar permohonan.

BACA:

Anuar Zain belanja lagu raya, sekali Erni dan Syamel pula masuk ‘line’, meletop habis

.Aircond rosak, penumpang MAS kepanasan macam dalam ‘oven’, “nak buka tingkap arwah pulak nanti..”

Balik Raya: Pemandu bas ‘kantoi’ raba pelajar maktab perguruan ketika sedang tidur

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)