Kadar vaksinasi Pulau Pinang

Kadar vaksinasi Pulau Pinang naik berganda, akan terima stok lebih bulan depan

Kadar vaksinasi Pulau Pinang naik berganda, akan terima stok lebih bulan depan

Pulau Pinang akan menerima jumlah vaksin berganda pada bulan depan berbanding bulan ini selepas kadar vaksinasi harian di negeri itu melebihi sasaran ditetapkan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kadar vaksinasi Pulau Pinang

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin ketika sidang khas ‘Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19’ semalam.

“Justeru, diharapkan bekalan tersebut akan membolehkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) yang tersenarai, termasuk PPV lapangan membabitkan beberapa syarikat multinasional yang masih menunggu lampu hijau, dapat dibuka serta beroperasi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chow berkata, sebanyak 11 PPV awam sedang beroperasi di Pulau Pinang termasuk di SPICE Arena dan Universiti Sains Malaysia selain PPV khas bagi ‘economic frontliners’, tujuh di hospital swasta dan 19 klinik swasta.

Katanya, secara keseluruhan, kadar vaksinasi harian Pulau Pinang kini melebihi sasaran ditetapkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Menerusi PICK, sasaran vaksinasi yang ditetapkan oleh MOSTI bagi Pulau Pinang untuk bulan ini ialah 6,544 dos sehari, bagaimanapun, hasil usaha bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkaitan, kita telah capai 14,422 suntikan pada 24 Jun 2021 dengan beberapa PPV mencatatkan tahap melebihi kapasiti maksimum ditetapkan,” katanya.

Jelasnya, hingga 24 Jun, laman vaksincovid.gov.my melaporkan bahawa prestasi vaksinasi Pulau Pinang ialah pada kadar 13.91 peratus dan kerajaan negeri akan terus menggembleng sepenuh sumber bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang divaksinasi sepenuhnya.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/p-pinang-akan-terima-jumlah-vaksin-berganda-bulan-depan-305208

CATEGORIES