Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Perlis amat tinggi. Kadar kebolehjangkitan (RT) Malaysia ketika ini adalah 1.06 tetapi Perlis adalah negeri yang mencatatkan RT tertinggi (1.40) berdasarkan kepada data kes harian dikumpulkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat semalam.
Ia adalah nilai RT tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri itu yang kini berada dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak awal bulan ini.
Melalui PPN, negeri yang kini berada dalam Fasa 3 menikmati beberapa kelonggaran termasuk boleh makan di kedai makan dan restoran.
Selain Perlis, 10 negeri dan wilayah juga mencatat RT melebihi RT Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Kelantan (RT 1.23); Sabah dan Pulau Pinang (RT 1.16); Perak (RT 1.15); Johor (RT 1.13); Sarawak, Terengganu dan Kedah (RT 1.12) dan Pahang (RT 1.09).
Lima lagi negeri dan wilayah mencatatkan RT bawah nilai RT Malaysia adalah Negeri Sembilan (RT 1.05); Melaka (RT 1.03); Selangor (RT 1.01); Putrajaya (RT 0.97) dan Labuan (RT 0).
Sementara itu, daripada kes harian yang direkodkan tertinggi setakat ini pada angka 21,668 kes, beberapa negeri juga menunjukkan peningkatan yang membimbangkan walaupun Selangor masih mencatatkan kes harian mengikut negeri tertinggi iaitu sebanyak 6,278 kes.
Tiga negeri mencatatkan kes positif harian melebihi 2,000 iaitu Kuala Lumpur dengan 2,436 kes, diikuti Kedah dengan 2,143 kes dan Sabah dengan 2,052 kes.
Selain itu, Johor merekodkan sebanyak 1,706 kes hari ini; Pulau Pinang (1,229); Sarawak (1,216); Kelantan (972); Perak (930); Negeri Sembilan (899); Pahang (629); Terengganu (594); Melaka (494); Putrajaya (56); Perlis (23) dan Labuan (11).
Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/850540/rt-perlis-cecah-140