Kadar defisit negara mungkin meningkat kepada 6.2 peratus, kata Menteri Kewangan

Kadar defisit negara mungkin meningkat kepada 6.2 peratus, kata Menteri Kewangan

Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 31 Disember 2020, KWAN memiliki dana sebanyak RM19.5 bilion.

Ia masing-masing merangkumi sumbangan Petronas sebanyak RM10.4 bilion dan pulangan pelaburan terkumpulab sebanyak RM9.1 bilion.

Katanya, kerajaan hanya menggunakan sebanyak RM5 bilion daripada jumlah dana terkumpul.

Selain itu, Tengku Zafrul menegaskan, kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad.

Sehubungan itu katanya, jika kerajaan tidak menggunakan dana KWAN, kadar defisit negara mungkin meningkat kepada 6.2 peratus.

“Selepas 2008 KWAN boleh digunakan bagi membiayai projek pembangunan dalam jadual pertama Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1988 dan pinjaman mudah kepada kerajaan Persekutuan.

“Jadi pada tahun 1988 selaras dengan peranggan A (a) seksyen 6 sebenarnya ia pernah digunakan sebelum ini iaitu sebanyak RM42 juta untuk projek Paya Indah Wetland, tidak tahu itu kecemasan atau tidak.

“Pindaan undang-undang ke atas KWAN pindaan 1988 melalui Ordinan Darurat memboleh dana KWAN digunakan untuk memperoleh vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung vaksin bagi apa-apa wabak penyakit berjangkit sahaja,” katanya dalam sesi sidang media khas di sini hari ini.

Pada 21 April lepas, kerajaan meluluskan undang-undang untuk menggunakan dana KWAN untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Berita penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dana-kwan-boleh-digunakan-elak-defisit-meningkat-menteri-kewangan-295127

COMMENTS