Kehilangan kad pengenalan atau IC (MyKad, MyTentera, MyPR atau MyKAS) sememangnya membuatkan kita sedih dan kecewa, namun ia perlu diganti secepat mungkin
Kehilangan kad pengenalan boleh berpunca akibat tersalah letak, dicuri atau hilang.
Oleh itu, anda perlu melalui proses permohonan semula untuk mendapatkan kad pengenalan yang baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Untuk pengetahuan anda, yuran permohonan dan pemprosesan akan meningkat setiap kali anda kehilangan IC.
Berikut di bawah adalah 3 langkah untuk dapatkan kad pengenalan baharu:
LANGKAH 1: Buat laporan di balai polis berhampiran atau secara dalam talian.
Pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan kehilangan IC atau MyKad anda. Langkah ini penting untuk mengelakkan identiti anda daripada dicuri, atau lebih teruk lagi, digunakan untuk tujuan jenayah seperti kecurian dan penipuan.
Anda perlu menunjukkan bila dan di mana anda kehilangan IC atau MyKad tersebut. Laporan polis akan menjadi bukti kehilangan IC anda.
Pomoted Content
CryptoBot
Bagaimana orang kaya rahsiakan cara jana RM10,980 sebulan!
Ketahui Lanjut
Sebagai alternatif lain, anda boleh membuat e-report. Ini boleh digunakan jika anda kehilangan IC atau MyKad kerana kecuaian (bukan berkaitan jenayah), dan jika anda berada di Kuala Lumpur.
LANGKAH 2: Pergi ke kaunter JPN dengan laporan polis anda.
Bawa bersama laporan polis untuk mendapatkan kad pengenalan atau MyKad baharu anda. Anda boleh mendapatkan IC baharu dalam masa 30 minit di cawangan JPN tertentu.
Masa pemprosesan kebiasaannya mengambil masa lima hari bekerja untuk permohonan di Semenanjung Malaysia atau tujuh hari bekerja untuk permohonan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
LANGKAH 3: Bayar yuran permohonan dan pemprosesan untuk IC yang hilang.
Bayaran untuk kehilangan MyKad dan MyTentera:
Yuran permohonan: RM10
Yuran pemprosesan: RM100 (hilang kali pertama), RM300 (hilang kali kedua), RM1000 (hilang kali ketiga dan seterusnya)Bayaran untuk kehilangan MyPR dan MyKAS:
Yuran permohonan: RM10
Yuran pemprosesan: RM100 (hilang kali pertama), RM300 (hilang kali kedua), RM1000 (hilang kali ketiga dan seterusnya)
Dalam situasi tertentu, anda mungkin tidak perlu membayar yuran pemprosesan
Jika IC dicuri, anda tidak perlu membayar yuran pemprosesan dan hanya perlu bayar yuran permohonan. Kerajaan juga memberikan pengecualian kepada kategori tertentu seperti orang kurang upaya, miskin, warga emas, mangsa bencana alam, dan remaja berumur 18 tahun ke bawah.
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan mendapat bayaran balik untuk yuran permohonan walaupun IC atau MyKad anda yang hilang ditemui semula.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi JPN
BACA: Pelawak senior tak setuju Anna Jobling jadi juri program lawak , ramai lagi yang layak