Jutawan keluarkan semua wang simpanan dari bank selepas ditegur tak pakai pelitup muka

Akibat ditegur tidak memakai pelitup muka seorang lelaki jutawan mengeluarkan semua wang simpanannya di dalam bank. Kejadian ini berlaku di Beijing, China dan dia nekad melakukan perkara itu kerana tersinggung ditegur oleh pengawal keselamatan.

Jutawan lelaki itu pada awalnya datang ke bank untuk melakukan transaksi kewangan dan mengakui terkejut ditegur pegawai bank yang memalukan dirinya.

Pegawai bank kemudian gagal memujuk lelaki terbabit dan terpaksa mengira dan mengeluarkan wang sebanyak lima juta Yuan, kira-kira RM3.23 juta.

Jutawan keluarkan semua wang simpanan dari bank selepas ditegur tak pakai pelitup muka

Jumlah simpanan lebih banyak sebenarnya

Wang simpanannya sebenarnya melebihi RM3.23 juta tapi ia sudah capai had pengeluaran harian. Disebabkan itu, jutawan itu bertekad untuk datang ke bank berkenaan setiap hari dan mengeluarkan wang simpanannya sehingga licin.

Malangnya jutawan terbabit membuat fitnah pula di media sosial dengan memburukkan pihak bank tanpa menceritakan perkara sebenar. Macam itupun boleh ya? Salah diri sendiri kerana tidak mampu mengikut SOP dan norma baharu tapi orang lain pula jadi mangsa.

BACA JUGA : [VIDEO] ‘Joker’ Jepun mengamuk, bakar kereta api dan tikam orang ramai
Majlis Ulama haramkan mata wang kripto

CATEGORIES