Jujur dan berundurlah Muhyiddin, jangan rosakkan lagi negara ini

Jingga 13 Malaysia mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, supaya menghentikan konflik dan polemik politik kini dengan bersikap jujur kepada Yang di-Pertuan Agong serta rakyat Malaysia bahawa beliau sebenarnya telah hilang majoriti.

Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa berkata, sokongan majoriti terhadap Mahiaddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya 102 manakala blok pembangkang adalah seramai 118 Ahli Parlimen.

“Malah, dari senarai yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, sokongan 31 Ahli Parlimen BN kepada kerajaan PN itu pun telah dinafikan dan disanggah oleh beberapa Ahli Parlimen terlibat bahawa mereka tidak lagi menyokong PN dan Mahiaddin sebagai PM.

jujur

“Untuk apa lagi PM mempertahankan kedudukan sedangkan telah terserlah dengan ketara tiada lagi majoriti pada kerajaan pimpinan beliau ketika ini sehinggakan ada yang telah menyifatkan beliau sebagai tidak lagi rasional, mabuk kuasa sehinggakan tidak mampu untuk bertindak rasional dan menerima realiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Jingga 13 Malaysia mendesak Mahiaddin mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu agenda sahaja iaitu ‘Undi Percaya Kepada PM dan Kerajaan PN’ secepat mungkin tanpa perlu menanti bulan hadapan bagi membuktikan keabsahannya.

Tegasnya, murid sekolah rendah juga mahir untuk membuat congakan matematik dengan jumlah campur dan tambah serta tolak dan kurang.

“Adalah memalukan sekiranya Mahiaddin sendiri gagal untuk memahami congakan matematik yang mudah sedemikian,” bidas Fariz lagi.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/tunggu-apa-lagi-mahiaddin-undurlah/

BACA JUGA : Terkini !!! Umno sahkan sudah utus 2 warkah ke Istana Negara

CATEGORIES