Judi naik 22 kali : Pemimpin Pas minta ahlinya bertenang

Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menggesa ahli parti itu agar kekal tenang di sebalik kecaman sesetengah pihak berhubung kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata keputusan membenarkan pertambahan cabutan khas sehingga menjadi 22 kali setahun itu bukan dibuat partinya.

“Saya percaya kelulusan ini bukan dibuat oleh pihak PAS kerana PAS tidak berkuasa penuh dalam kerajaan,” katanya seperti dipetik Malaysiapost hari ini.

Judi naik 22 kali : Pemimpin Pas minta ahlinya bertenang

Semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan kerajaan memberi kebenaran kepada semua syarikat nombor ramalan untuk melaksanakan 22 cabutan khas sepanjang 2021.

Tengku Zafrul berkata demikian di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Kadar kekerapan 22 kali setahun itu diberikan kerajaan BN sebelum gabungan itu jatuh dalam PRU ke-14 pada Mei 2018. Apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kekerapan itu diturunkan menjadi hanya lapan kali setahun.

Razman yang juga bekas bendahari agung PAS menjelaskan dia berpendapat kegiatan judi itu bukanlah untuk orang Islam.

“Sekarang ini kita ahli-ahli PAS dan orang Islam perlu menjaga diri kita serta masyarakat Islam khususnya supaya tidak melanggar larangan Allah SWT.

“Nombor ramalan ini hanya untuk orang bukan Islam, maka kita orang Islam ada halal dan haram… jadi kita orang Islam jaga orang Islam,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592252

BACA JUGA : Setelah teruk dikritik judi kembali naik 22 kali, ulama Pas mula rasa tak selesa

COMMENTS

Wordpress (0)