Jual minyak subsidi RM3.50, peniaga ini berdepan denda RM1 juta

Jual minyak subsidi RM3.50, peniaga ini berdepan denda RM1 juta

Jual minyak subsidi RM3.50, peniaga ini berdepan denda RM1 juta. Seorang peniaga kedai runcit berdepan denda sehingga RM1 juta selepas dikesan menjual minyak masak peket bersubsidi RM3.50 sebungkus berbanding harga asal RM2.50.

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata dalam serbuan pada kira-kira 11 pagi tadi, peniaga tersebut juga turut dikesan memberi keutamaan kepada peniaga berbanding pengguna lain.

Sebelum serbuan ke atas premis tersebut, salah seorang pegawai KPDNHEP kita menyamar sebagai pelanggan dengan berpakaian preman untuk membeli minyak masak peket tersebut dan ketika itu, minyak berkenaan tinggal sepeket sahaja.

Tindakan ke atas peniaga itu akan diambil mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntuk hukuman maksimum denda RM1 juta atau penjara tiga tahun bagi individu manakala bagi pertubuhan atau perbadanan, denda maksimum ialah RM 2 juta.

Norena juga berkata premis itu antara 14 kedai runcit yang diserbu bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sentiasa mencukupi dan dijual pada harga ditetapkan menerusi kaedah penyamaran.

Jual minyak subsidi RM3.50, peniaga ini berdepan denda RM1 juta

Serbuan itu dilakukan susulan aduan pengguna di medsos KPDNHEP berhubung kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak peket sekilogram di kawasan mereka.

Beliau berkata setiap pengguna hanya dibenarkan membeli tiga peket minyak itu dan peniaga atau peruncit perlu memastikan had yang ditetapkan tidak dilanggar.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau aduan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian am KPDNHEP

BACA:

Jaclyn Victor dedah kehidupan terkini selepas 2 tahun jadi janda

Pemuda hilang dah empat hari, tak sangka jumpa dalam perut buaya

Civic Type R kena curi di Genting Highland, kempunan warga Singapura ni

CATEGORIES