Jual android box, lelaki dijatuhi hukuman denda RM7,000

Rakyat

Jual android box, lelaki dijatuhi hukuman denda RM7,000.Seorang pemilik syarikat elektronik didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjual peranti ‘android box’, yang tidak diperakui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), dua tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Ooi Hang Sheng, 27, yang didakwa sebagai Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui iaitu tujuh unit Android TVBOX pelbagai jenama kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 9 Julai 2020 di Tingkat 1, The Starling Mall, Jalan SS21/37, Damansara Uptown di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Peraturan 16(1)(b) dan 16(3) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 37 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam bualan atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, sebelum Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman terhadap OKS, beliau sempat bertanyakan harga peranti yang dijualnya itu.

Jual android box, lelaki dijatuhi hukuman denda RM7,000

“Saya jual antara RM200 dan RM300 dan tidak tahu ini adalah salah. Saya berjanji tidak akan buat lagi,” kata Hang Sheng.

Dia yang tidak diwakili peguam turut memohon dikenakan hukuman denda yang minimum atas alasan dia perlu menanggung keluarganya.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd. Zameri memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang setimpal ke atas OKS.

Bagaimanapun, OKS merayu denda ringan atas alasan dia menanggung keluarga serta menyesal dengan kesalahan tersebut.

OKS membayar denda tersebut.

BACA JUGA : Orang agama kuat rasuah, ini pendedahan Ayob Khan
Hati-hati !!! Dua pantai di Malaysia ini diserang obor-obor beracun
Ibu bapa mula geleng kepala, harga makanan kantin sekolah naik 50 peratus

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)