JPJ minta orang ramai jadi ‘mata-mata’ pasukannya semasa aidilfitri

JPJ minta orang ramai jadi ‘mata-mata’ pasukannya semasa aidilfitri.Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan ketika pulang ke kampung sempena musim perayaan atau bakal menerima kompaun termasuk tindakan mahkamah.

Peringatan itu diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan peningkatan maklumat yang disalurkan orang awam berhubung sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan peraturan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang bermula 29 April hingga 8 Mei depan orang awam diminta untuk menjadi ‘mata-mata’ dalam menyalurkan maklumat sekiranya mengesan perbuatan pengguna jalan raya yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, maklumat kesalahan pengguna jalan raya tersebut boleh disalurkan menerusi aplikasi [email protected] yang boleh dimuat turun melalui Play Store.

JPJ minta orang ramai jadi 'mata-mata' pasukannya semasa aidilfitri

“Selain 2,200 penguat kuasa yang melakukan pemantauan di lapangan, maklumat daripada e-Aduan itu turut akan membantu kami mengesan pengguna jalan raya yang sengaja melanggar peraturan ditetapkan.

“Jadi kami menyeru orang awam untuk merakam gambar atau video ketika kejadian bersama maklumat ringkas agar tindakan boleh diambil terhadap pengguna tersebut,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Ops Khas Bersepadu di Plaza Tol Juru di sini, malam Khamis.

Mengulas lanjut Aedy Fadly berkata, pihaknya percaya ada pengguna jalan raya yang akan bertindak memotong barisan atau memandu di lorong kecemasan sekiranya berlaku kesesakan jalan raya ketika musim perayaan Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, berpandukan maklumat yang diterima pihaknya akan mengambil tindakan dalam tempoh 48 hingga 72 jam terhadap pengguna jalan raya yang terlibat.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menempatkan pegawai dan anggota di 15 lokasi panas seluruh negara bagi memastikan pengguna mengikut peraturan jalan raya sekali gus mengelakkan berlakunya kesesakan termasuk kemalangan.

Katanya, antara lokasi yang dikenal pasti kerap pengguna melakukan kesalahan antaranya di Jambatan Pulau Pinang, susur-susur keluar masuk lebuh raya.
TONTON :

BACA:

Tidak vaksin, guru alami kesihatan mental yang teruk kerana diasingkan dari pelajar, nekad saman sekolah

Menteri umum kuota haji Malaysia hanya 14,306 tahun ini

CATEGORIES