JPJ beri amaran ambil semula ujian memandu jika tak 'renew' lesen sebelum tarikh ini

JPJ beri amaran ambil semula ujian memandu jika tak ‘renew’ lesen sebelum tarikh ini

JPJ beri amaran ambil semula ujian memandu jika tak ‘renew’ lesen sebelum tarikh ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim menyeru semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LLM) yang lesennya tamat pada 13 Januari 2021 untuk memperbaharuinya sebelum 30 Jun ini bagi mengelakkan mereka dari mengambil semula ujian memandu.

Katanya, tarikh tersebut melibatkan pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang melalui pengecualian di bawah Kaedah 19 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Lesen Memandu) 1992.

Jelas beliau, pengecualian yang diberi oleh Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong pada 14 Oktober itu adalah berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa pertama yang diumumkan oleh pihak Kerajaan pada 1 Jun 2021.

Pemegang lesen perlu segera memperbaharui lesen mereka bagi mengelakkan mereka dari mengambil semula ujian memandu seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Lesen Memandu) 1992.

Justeru, beliau mengingatkan agar pemilik kenderaan memperbaharui lesen mereka sebelum Khamis ini bagi mengelakkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mereka tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang implikasi undang-undang mengikut Seksyen 23(1) APJ 1987.

JPJ beri amaran ambil semula ujian memandu jika tak 'renew' lesen sebelum tarikh ini

BACA:

JPJ minta orang ramai jadi ‘mata-mata’ pasukannya semasa aidilfitri

Pegawai JPJ dan peniaga sate dipenjara 12 tahun kerana kesalahan ini

Bakal dikenakan tindakan, Institut Memandu jawab JPJ

CATEGORIES