Jokowi hapuskan arak di Indonesia pun Pas masih gelar pemimpin itu liberal

Jokowi hapuskan arak di Indonesia pun Pas masih gelar pemimpin itu liberal

Baru aku menulis kelmarin pasal Jokowi.. Dalam pengalaman aku dalam Muktamar 2014.. Bagaimana Ulama PAS mempertikaikan ucapan Mat sabu ketika itu timbalan Presiden PAS yang memuji kemenangan Jokowi.. Ulama PAS menuduh Mat Sabu memuja pemimpin Komunis, Liberal dan Sekular anya kerana Jokowi datang dari parti PDI pimpinan Megawati Sukarnoputri..

Hari ini apa yang aku tulis terbukti benar.. Baca laporan harakahdaily tadi …Tajuk Harakah pun dah tak betul.. tak reti beza antara Pilpres dan Perpres.. (Perpres) tu President Decree kebenaran Peraturan Presiden..yang Pilpres itu Pemilihan Presiden..

bagaimana jahatnya Ketua penerangan PAS Melaka menulis.. Kata dia.

.” Jokowi merupakan Presiden Indonesia yang berfahaman sekular, liberal dan pluralisma. Oleh itu tidak mungkin seorang yang kuat fahaman liberalnya boleh diletakkan kepercayaan di bahunya untuk memartabatkan Islam.. ”

Inilah jahatnya PAS, Sama kelompok Takfiri di Indonesia dari kalangan FPI yang juga kawan baik Haji hadi iaitu Habib Rizieq.. Mereka inilah yan melakukan fitnah atas nama Agama..Perosak Agama di Indonesia..

Indonesia Negara yang paling terkehadapan ketika pasca pandemik Covid-19 ini menerima Pelaburan langsung Asing, Dari Industri permotoran sehinggalah Tenaga.. Walaupun ada permintaan Pelaburan dikawasan majoriti non muslim seperti bali, Jokowi membatalkan kelulusan Pelaburan berkaitan industri Arak setelah mendapat tentangan NGO Islam, termasuk Nahdatul Ulama’..

PAS sedar atau tidak, Gandingan Jokowi dalam Pilpress 2019, Adalah Pengerusi MUI (Majlis Ulama’ Indoensia) Kiyai Prof Ma’ruf Amin sendiri, biarpun awalnya tawaran diberikan kepada Presiden Nahdatul Ulama’ Said Aqil Siradj yang pada aku jauh lebih Faqih dalam Agama dan Politik.. Tetapi said Aqil menolak untuk terlibat dalam Politik..

Bayangkan Kiyai jadi Naib Presiden Indonesia.. tarafnya seperti Mufti jadi Timbalan Perdana Menteri di Malaysia.. Bukan seperti gandingan Najib dan Zahid..Atau gandingan Muhyidin dan Azmin.. Inipun PAS sakit hati gelar Jokowi sebagai sekular liberal dan Pluralisme..

Perangai PAS sebiji seperti kelompok Takfiri mcm Habib rizieq..Mudah menuduh Aqidah orang,Main sentimen Kaum dan Agama.. Sama seperti di Malaysia, Senjata yang sama digunakan dengan melabel Ds Anwar sebagai liberal..

Dalam Soal Arak, Judi ni bukan kira Liberal atau Demokrat.. kalau Kerajaan PM dia pandai baca Doa dan bertakbir sekali pun..PM dia disertu Mufti Utara.. Disokong Ulama’ dan dianggotai mantan Mufti Wilayah takda guna langsung jika jumlah cabutan Judi naik 3 kali ganda.. Apa guna..

Dulu Lim Guan Eng yang depa tuduh fitnah Komunis..Liberal.. Dia lah yang mengurangkan lesen Judi.. dari 22 Cabutan setahun kepada 8 biarpun diluluskan zaman BN diera Menteri kewangannya Melayu Islam..

tetapi tak sampai tahun Kerajaan yg disokong Haji Hadi memerintah.. Penaik lesen Judi… Industeri Arak, Pub dan Kelab malam terlebih dlu dibuka dari Masjid.. Apa gunapun dengan Slogan Melayu Islam..

Tapi kalau nak tahu..Itulah Jahatnya PAS.. Itu sebab Nabi SAW, bila sentuh tentang Kelompok Khawarij..3 Kali Nabi SAW Ulang..Faqtuluh( Perangi depa ) ..Ini Ulama yang Nabi kata lebih aku takutkan dari Dajjal..

Sumber :