Jiran gemar tayang pakaian dalam, wanita ini buat laporan polis

Akibat cemburu, seorang wanita di Mexico membuat laporan polis terhadap jirannya yang gemar menayangkan pakaian dalamnya.

Lapor Odditycentral, Yuvitza E,42, mendakwa jirannya cuba menggoda suaminya dengan sengaja menggunakan taktik itu.

Dalam laporannya, Yuvitza menganggap tindakan jirannya yang disifatkannya sebagai tidak tahu malu dan memang sengaja melakukan perbuatan itu.

Jiran gemar tayang pakaian dalam, wanita ini buat laporan polis

GAMBAR Hiasan

Katanya, taktik wanita muda berusia 23 tahun itu kerap mencuci seluar dalam, setiap Sabtu iaitu pada waktu tengah hari ketika suaminya ada di rumah adalah bukan secara kebetulan.

Menurutnya, dia juga kerap ‘menangkap’ suaminya ketika sedang ralit memerhatikan seluar dalam jiran mereka itu.

Katanya, meskipun sudah banyak kali menegur perbuatan jirannya itu, wanita itu tetap tidak peduli.

Bengang dengan kedegilan jirannya, Yuvitza membuat laporan polis dan meminta polis menahan jirannya atas dakwaan tidak bermoral dan kurang sopan.

Bagaimanapun, polis di Quintana Roo memaklumkan jirannya tidak melakukan kesalahan.

Polis yang melawatnya di rumah menasihati Yuvitza supaya mengelak sebarang konflik pada masa depan selain mengadakan perbincangan secara baik dengan suaminya dan jiran mereka.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/09/753593/motif-mahu-tayang

BACA JUGA : Panas !!! Kejadian aneh ribuan burung pipit jatuh ke bumi cetus kekalutan

COMMENTS