Jiran buat birthday parti tak jemput sebab ada ‘non-halal food’, sekali dapat KFC sebagai ganti

Jiran buat birthday parti tak jemput sebab ada ‘non-halal food’, sekali dapat KFC sebagai ganti. Dapat jiran yang baik adalah rezeki. Tak semua akan dapat rezeki ni, yang dapat pasti rasa bahagia.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @eikinhanipah telah berkongsi sebuah video menunjukkan salah seorang jirannya yang berbangsa cina sedang menyambut majlis hari jadi anaknya di kawasan perumahannya.

Menerusi video terbabit, wanita tersebut mengatakan dia tidak dijemput ke majlis itu kerana hidangan yang dihidang tidak halal dan dia memahami perkara tersebut. Apa yang mengejutkan adalah jirannya telah memesan makanan di KFC untuk dia sekeluarga nikmati di rumah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terharu dengan tindakan jiran wanita terbabit yang membelikan mereka sekeluarga makanan halal kerana tidak dapat menjemput ke majlis tersebut.

@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai ♬ Эта любовь – Amirchik

Jiran buat birthday parti tak jemput sebab ada 'non-halal food', sekali dapat KFC sebagai ganti

Malah, para netizen juga mengatakan bahawa ini menunjukkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat di Malaysia. Tidak hanya itu, netizen juga memuji dengan tindakan dan sikap toleransi mereka dalam hidup berjiran.

Jiran buat birthday parti tak jemput sebab ada 'non-halal food', sekali dapat KFC sebagai gantiJiran buat birthday parti tak jemput sebab ada 'non-halal food', sekali dapat KFC sebagai ganti

BACA:

CEO Batu dikecam selamba ‘ejek’ orang Jepun ketika makan shushi

‘Sebijik ikut content Ryan, dengan lagu samanya’, pemuda dikecam tiru idea

Pertandingan Silat Dunia kecoh, Adib kena “halau”

CATEGORIES