Jika Umno tak naikkan Muhyiddin dulu, sekarang mungkin hanya jual kereta

Bila Ahli Parlimen UMNO termasuk berjawatan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Badan Berkanun dan GLC tanpa mengira risiko perjuangan di tanggung UMNO. Dengan bangga memangkah dan mengundi dikosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat bagi memboleh Datuk Azhar [email protected] menjadi Speaker Dewan Rakyat di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Azhar Harun dari segi kelulusannya tidak meniadi masalah tetapi dia cacat hubungannya dengan UMNO. Kenaikan dari seorang peguam dan juga penulis bloq kerana tulisan yang menghentam UMNO.

Dari mercerca dan serangan kepada UMNO dan pemimpinnya dan menunjukan diri sebagai penyokong tegar Tun Dr Mahathir, telah mengambil perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga di lantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya sebaik sahaja PH membentuk kerajaan. Dari segi tradisi jawatan Pengerusi SPR, kebiasaan dikalangan pesara Pegawai Kanan Kerajaan.

Semasa menjadi Pengerusi SPR, selaku Pengerusi beliau tidak pernah mengendahkan sebarang aduan UMNO khasnya dalam PrK Cameron Highland.

Mungkin ada orang akan berkata. Apa beza UMNO menyokong Muhyiddin Yasin, juga cacat hubungan UMNO. Malah berapa youtube yang beredar ceramahnya jelas membusukan dan memburukan UMNO.

UMNO menjadikan dia kaya raya. Jika UMNO tidak memliih beliau sebagai calon BN/UMNO di Pagoh tahun 1978. Kemungkinan paling tinggi kerjaya ialah pemilik Syarikat penjual kereta.Sebelumnya beliau pengurus besar syarikat milik PKNJ di Sergam yang menjual kereta mercedes.

Sokongan Ahli Parlimen UMNO, sama dengan sikap perjuangan UMNO. Bila Mahyuddin di sokong menjadi Perdana Menteri, dengan sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad akan tersingkir sebagai Perdana Menteri kerana kurang sokongan untuk dinamakan semula oleh Pakatan Harapan.

Sokongan Ahli Parlimen UMNO, akan menyebabkan Muhyiddin Yasin tidak memerlukan lagi sokongan dari PKR dan DAP. Secara jalan mudah. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Perdana Menteri, kuasa DAP tidak ada dalam Kerajaan.Dan seterusnnya Anwar Ibrahim akan tersekat menjadi Perdana Menteri ke 8.

Apa yang dilantik sebelum UMNO/BN menyertai Kerajaan Muhyiddin Yasin. UMNO tidak pertikaian sama sekali. itu urusan PPBM, jika Azhar Harun menjadi ahli Parti tersebut.

Salepas UMNO melalui Ahli Parlimen dan bukan Parti, menyokong Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri, soal perlantikan Speaker perlu dan mesti di rundingkan dengan UMNO. Asasnya Ahli Parlimen itu milik individu, tetapi kawasan pilihanrayanya milik UMNO. Maka UMNO ada sebab untuk bertanya dan mengambil bahagian membincangkan soal perlantikan seorang Speaker., bukan menggunakan kuasa Perdana Menteri.

Kini UMNO menanggung risiko atau kerugian sokongan rakyat atas memberikan sokong kepada Azhar Harun. Azhar Harun tidak boleh mencari dalih bagi menghalalkan sikap peribadi dalam beberapa isu perjuangan UMNO.

UMNO berjuang perkara-perkara yang mungkar yang membabitkan orang Islam . Saperti peminuman arak. pertukaran jantina dan menerima sah trangender (kecuali semula jadi saperti khunsa) menilai dan meningkat undang-undang syariah dari masa kesemasa. Ini antara isu liberal yang didukung oleh Azhar Harun. yang kesimpulannya sebagai tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan.

Hari ini UMNO menyokong beliau sebagai Speaker. Dari segi Protokol Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat senarai ke 15 kedudukan jika Majlis Rasmi di Istana Negara jika melibatkan Raja Melayu, Undang yang empat, Tengku Besar Tampin. Dan jika senarai Protokol Perdana Menteri, Speaker Dewan Rakyat yang kelima. Salepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara dan Presiden Dewan Negara.

Bolehkah UMNO masuk keluar kampong, kesana ke sini (pinjam ayat Muhyiddin Yasin) bercakap dan berkempen dalam soal perjuangan UMNO bagi mendapat sokongan orang Melayu semasa Pilihanraya Umum ke 15?.

Ahli Parlimen UMNO dan Parti UMNO sendiri telah memberikan sokongan kepada individu yang bersikap Liberal dalam isu sebahagian kempen mempengaruhi orang Melayu supaya menolak satu parti dan Kerajaann yang akan merealisasikan perkara-perkara yang bertentangan dengan islam dan kebudayaan Melayu.

Boleh para pengundi akan percaya akan UMNO membenteras arak? membenteras LGBT? Sebab pejuangnya di sokong oleh UMNO tanpa bantahan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Malah Presiden dan jajaran Majlis Tertinggi UMNO yang menjadi Ahli Parlimen juga menyokongnya.

Anda fikirlah sendiri sebagai pengundi. Abaikan sikap PAS. Sebab jika Dewan Ulamak yang juga Ahli Parlimen Pasir Putih telah mengatakan secara terbuka didalam Parlimen bahawa Azhar Harun lebih baik daripada Mohamad Arif. Maka UMNO dan PAS sebenarnya sudah hilang arah disebabkan pemimpin yang disuapkan jawatan.

Sang Kelembai.
Kuala Lumpur.
Julai 14, 2020

Sumber :