Jika Mahathir sokong, Muhyiddin ada 117

Jika Mahathir sokong, Muhyiddin ada 117.Penganalisis politik berpandangan, sebarang cubaan untuk menukar Perdana Menteri di tengah-tengah kemelut yang tercetus berhubung pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong bukanlah pilihan tepat, dan tiada keperluan baginya memandangkan negara masih berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, walaupun wujud tekanan hebat, termasuk daripada pihak pembangkang, supaya Muhyiddin Yassin berundur, langkah melantik Perdana Menteri baharu tidak akan dapat menyelesaikan isu berkait Covid-19, malah ia akan menjadikan krisis politik lebih parah.

“Dalam keadaan sekarang, tak perlu usul percaya atau tak percaya sebab kita terdesak ketika ini menangani krisis kesihatan,” katanya kepada FMT.

“Kerajaan perlu fokus kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jadi kalau majoriti Ahli Parlimen kerajaan sendiri menyatakan sokongan kepada Muhyiddin, tidak perlu lagi nak uji di Parlimen, ia mungkin akan memburukkan lagi krisis politik.”

Mahathir

Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) turut senada dengan berpandangan, tiada keperluan Muhyiddin digugurkan, sebaliknya salah tafsiran berhubung pembatalan darurat perlu diperbetul mengikut apa yang dihasratkan Agong, malah kerajaan perlu memohon ampun daripada Agong.

“Tiada keperluan bagi Muhyiddin serta seluruh Jemaah Menterinya meletak jawatan, hanya perlu mohon ampun kepada Agong,” katanya kepada FMT.

Wan Hashim berkata, usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin adalah tidak perlu dan tidak relevan kerana negara amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil ketika ini.

Jadi kalau majoriti Ahli Parlimen kerajaan sendiri menyatakan sokongan kepada Muhyiddin, tidak perlu lagi Mahathir .

“Semua mesti menggembleng tenaga, khususnya wakil rakyat tanpa mengira parti, untuk pemulihan secepat mungkin negara dan ekonomi daripada wabak Covid-19,” katanya.

Beliau juga berkata, walaupun tekanan daripada pihak pembangkang lebih kuat, berbanding lebih 110 kerusi dalam Dewan Rakyat yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin, ia tidak bermakna Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan mudah boleh diangkat sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak mempunyai sokongan yang mencukupi.

“Dalam keadaan di mana Muhyiddin sendiri memilih untuk mengundur diri, saya berpendapat jawatan Perdana Menteri akan disandang individu daripada Umno, yang mempunyai majoriti dalam Perikatan Nasional (PN) sebanyak 38 kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, Muhyiddin tetap mempunyai sokongan majoriti, tidak seperti yang didakwa pihak pembangkang.

“Muhyiddin tetap disokong oleh penyokong sedia ada dan ia bertambah kepada 117 jika Dr Mahathir Mohamad bersama tiga ahli Pejuang (turut menyokong).

“Tapi kalau Mahathir dan tiga penyokong tak sokong Muhyiddin, sokongan tinggal 113 sahaja, sangat tipis. Jadi Anwar juga susah nak dapat majoriti, beliau hanya ada 103.

“Kalau nak calon Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Bersatu tak sokong, kalau pilih Ismail Sabri pun sukar dapat sokongan. Kalau pilih Anwar, puak Mahathir tentu tak sokong, puak Umno juga tak sokong, kerana mereka anggap sokong Anwar bererti sokong DAP dan PKR.

“Mahu tidak mahu, Muhyiddin juga yang ada peluang, walaupun dituduh derhaka,” katanya.

Sementara itu, Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan berkata, semua parti politik perlu berganding bahu pada masa sekarang untuk mendepani krisis kesihatan dan ekonomi, bukannya berebut kuasa siapa mahu menjadi Perdana Menteri.

Iskandar Hasan Tan Abdullah.
“Menukar Perdana Menteri ketika negara sedang dilanda krisis kesihatan, ekonomi ibarat menukar nakhoda kapal ketika dipukul ombak dahsyat,” katanya kepada FMT.

Pada masa ini, semua pihak sepatutnya bekerjasama dengan “kurang mengganggu proses urus tadbir negara” sewaktu krisis, katanya.

“Banyak lagi hal yang memerlukan tenaga dan idea pihak pembangkang, terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, yang memerlukan khidmat negeri dalam menangani situasi Covid-19,” katanya, sambil menambah, krisis kesihatan dilihat lebih tertumpu di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Anwar semalam mengulangi pendirian pihak pembangkang supaya Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menterinya meletak jawatan kerana membelakangi Agong dalam membuat keputusan.

Istana Negara pada Khamis memaklumkan Agong belum memperkenan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Isnin lalu, menyebabkan baginda berasa “amat dukacita”.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/31/muhyiddin-tak-perlu-berundur-cuma-perlu-jernihkan-hubungan-dengan-istana-kata-penganalisis/

Baca :Tiada sebarang pertemuan Agong dengan mana-mana pihak hari ini