Jika bertembung Umno dengan PN, Pas akan pilih PN – Hadi

Jika berlaku pertembungan antara Umno dan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PAS menyuarakan ketegasan bahawa parti itu akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN), kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS ketika ditanya berkenaan apakah pilihan penyokong PAS jika berlaku pertembungan antara calon Umno dan PN dalam PRN yang akan diadakan tak lama lagi, Hadi berkata, “Strategi PAS pusat yang buat keputusan dan keputusan dibuat kita akan pakai logo PN. Kita akan undi PN lah. Pakai simbol sama. Kita tengok Umno pakai simbol apa.”

Memetik laporan Malaysiakini, Hadi ketika ditanya pemberita pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu, hari ni berkata, PAS berpendirian PN akan bertanding di semua kerusi di Melaka.

Jika bertembung Umno dengan PN, Pas akan pilih PN - Hadi

“Pendirian kita PN akan tanding semua, terpulang kepada Umno dia nak ikut PN atau nak bertanding sendiri. Kita tengok nama calon nanti.

“Amanatnya kita (kepada ahli) mendukung PN, dan PAS telah bersetuju akan bersama PN dalam pertandingan ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya satu per tiga daripada jumlah kerusi DUN dalam PRN Melaka dan pembahagian akan dibuat secara bertolak-ansur bersama PN.

“Sekurang-kurangnya satu per tiga (kerusi), PAS tak tamak. Sebab kita ada tiga parti.

“Kita akan lihat di mana kita ada cawangan, sebab kita ada tolak-ansur. Ada Bersatu bagi tempat kuat kepada kita, dan kita beri tempat kita kuat kepada Bersatu,” katanya.

Ketika dipersoal mengenai hubungan dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN), Abdul Hadi berkata hubungan itu terikat dengan piagam yang dipersetujui.

“Kita tidak lupa, kita pegang pada piagam (tetapi) piagam bukan Umno dan PAS saja. Umno dia berubah, bahkan sebelum ini sebahagian ahli parlimen (Umno) sokong jajaran baru,” katanya.

BACA JUGA : 20 kawasan di Terengganu bakal banjir akibat air pasang besar
Kantoi!!! ‘Sharon liew’ yang apikan perkauman di media sosial rupanya lelaki melayu

CATEGORIES