Jika bekalan vaksin lewat, kerajaan akan guna dahulu stok Pharmaniaga – PM

vaksin

Jika bekalan vaksin lewat, kerajaan akan guna dahulu stok Pharmaniaga.Kerajaan tiada akan menunggu penghantaran vaksin Covid-19 yang tidak mengikut jadual bagi mengelak bekalan antivirus itu terjejas di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berkata, kerajaan akan mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 pembekal tempatan iaitu Pharmaniaga Berhad bagi mengatasi masalah itu.

“Kita sudah berbincang dengan KSU bahawa jika ada vaksin yang kita tempah ada masalah dari segi penghantaran, tak perlu tunggu lagi kepada vaksin tersebut.

“Kita balik kepada vaksin sedia ada sebagai contoh di negara kita ini, Pharmaniaga membuat pembotolan vaksin Sinovac dan mereka sentiasa standby dengan vaksin di kilang mereka.

“Kita tak mahu ada kelewatan hanya menunggu vaksin yang dijanjikan kepada kita untuk dibekalkan, tapi mereka lewat. Ini menyebabkan rakyat kita menjadi mangsa.

“Jadi kita tiada kewajipan hingga terpaksa menunggu mereka kerana rakyat kita tak boleh tunggu,” katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

vaksin

Jika bekalan vaksin lewat, kerajaan akan guna dahulu stok Pharmaniaga

Terdahulu beliau menyaksikan pemberian vaksin Astra Vecenca kepada penerima ke sejuta vaksin Covid-19 di PPV Mega WTCKL.

Ismail Sabri juga berkata, mana-mana pembekal yang gagal menghantar vaksin Covid-19 mengikut tarikh yang ditetapkan, kerajaan berhak untuk melupakan penghantaran tersebut.

“Yang tak dapat vaksin mesti divaksinkan, jadi saya kata lupakan tentang mereka yang lambat.

“Setakat ini, saya difahamkan kita ada buat tempahan daripada satu syarikat sebanyak 200,000 dos dan saya difahamkan lewat sampai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, tindakan sama akan diambil terhadap pembekal yang lewat membuat penghantaran disebabkan vaksin masih tidak mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan di negara ini.

“Ada satu syarikat juga belum dapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Regulatori Kebangsaan (NRA) sebanyak 6.5 juta dos, saya kata lupakan tentang vaksin ini, kita ambil daripada Pharmaniaga.

“Ini supaya kita dapat selesaikan program vaksinasi ini tanpa gangguan daripada syarikat-syarikat yang gagal membekal vaksin kepada kita,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/29/jika-bekalan-vaksin-lambat-kerajaan-guna-stok-pharmaniaga-pm/

BACA: Panas !!! Sajat kata ada di Danga Bay, Ayob Khan arah mulakan siasatan

COMMENTS

Wordpress (0)