Jho Low rugi USD26 Juta dalam pertaruhan judi

Jho Low rugi USD26 Juta dalam pertaruhan judi

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai kehidupan yang mewah di Las Vegas.

Dia dilihat mengenakan pakaian sut warna keemasan, ditemani rombongan dan membelanjakan berjuta-juta dolar, menurut satu testimoni pada Khamis.

Jho Low rugi USD26 Juta dalam pertaruhan judi

Jho Low juga membuat pertaruhan besar dan rugi sebanyak USD1.75 juta dalam tempoh 90 minit sahaja dalam permainan baccarat yang disukainya, kata seorang eksekutif pemasaran The Venetian, Las Vegas kepada juri di Mahkamah Persekutuan, Brooklyn, New York.

Eksekutif terbabit, Kirk Godby menganggarkan, Low bertaruh hampir USD87 juta dan rugi hampir USD26 juta.

“Dia terlampau mewah,” kata Godby.

“Dia membuat permintaan yang luar biasa. Dia membuat permintaan seperti mahukan bola disko, ruang tarian dan DJ.”

Godby memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng berhubung penipuan 1MDB membabitkan dana berbilion dolar.

Ng dituduh bersubahat dengan Low dan bekas bos Ng, Tim Leissner, untuk membantu ahli perniagaan itu menyelewengkan berbilion dolar daripada tiga urus niaga bon yang ditaja jamin Goldman untuk 1MDB.

Ng berjudi dengan Low dalam satu-satunya lawatan ahli perniagaan itu ke Venetian pada lewat November 2010, kata Godby kepada juri.

Ketika itu, dia kerugian sebanyak USD22,500 dalam permainan baccarat, iaitu sebelum urus niaga bon pertama 1MDB dimuktamadkan pada Mei 2012.

Low bermain di meja sama dengan Ng sekitar jam 5 pagi pada 29 Nov dan bertaruh wang sebanyak USD$4 juta, kata Godby dalam keterangannya.

Pendakwa raya mungkin memanggil Godby untuk menyangkal dakwaan Ng pada Oktober 2009 kepada pihak atasan Goldman bahawa dia hanya bertemu Low sekali sebelum ini iaitu ketika dia mengesyorkan Low sebagai pelanggan dana swasta kepada bank itu.

Tonton:

BACA JUGA:

Gambar model sedan terbaru Perodua ‘bocor’, ramai yang teruja!

Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula

Pemuda ini perasan sesuatu yang pelik ketika layari google earth, terjumpa pesawat misteri 4 sayap

CATEGORIES