Jep panik minta produksi ‘cut’ scene nak cari isteri kedua depan Erra

Jep panik minta produksi ‘cut’ scene nak cari isteri kedua depan Erra. Turut bakal dilangsungkan di Kedah dan Terengganu, malam tadi ‘Sepahtu Reunion Live Tour 2022’ memulakan persembahan jelajah pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru. Seperti biasa, lawak-lawak yang dibuat oleh Jep dan ahli Sepahtu lain cukup menggeletek hati diserikan lagi dengan kehadiran Erra Fazira sebagai tetamu jemputan.

Ingatkan isteri, rupanya anak…Pak cik nak apa-apa lagi? Limpa, hati?

Membawakan watak sebagai Haris (petugas kesihatan), awalnya dia bermurah hati mahu mendermakan buah pinggang kepada seorang warga emas mirip Allahyarham bapanya. Kali pertama bertemu dengan anak perempuan patient berkenaan bernama Sofea, lelaki itu seakan-akan angau dilamun cinta.

Jep panik minta produksi 'cut' scene nak cari isteri kedua depan Erra

Awak jangan main-main, saya dalam fasa cari nombor 2..Ehh ehh edit eh tolong

Dalam adegan seminggu selepas prosedur pemindahan buah pinggang, kelucuan Erra Fazira dan Jep saling membalas pickupline cukup menghiburkan sekali. Berbanding dengan persembahan bersama aktres lain, kali ini pelawak berkenaan berani bermesra termasuklah sudi disuapkan bubur oleh Erra. Namun sesekali, dia sempat panik memikirkan penerimaan si isteri, Sari Yanti yang pastinya sedang menonton di rumah.

Signal dekat Sari Yanti tu, takkan tak faham-faham…Jep sentiasa ingat yang dekat rumah

Walaupun menggunakan dialog komedi yang ‘berlapik’, rata-rata netizen faham sebenarnya Jep merujuk kepada Sari Yanti ketika sedang cemas menjayakan lakonan dengan Erra Fazira. Secara keseluruhan, mereka akui terhibur selain memuji keberanian Jep pada persembahan malam tadi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Zon Lawak (@zonlawak)

BACA:

Netizen terkejut penampilan Khaby Lame dengan budak viral ni

Wanita ajar cara sebenar pilih bendi dengan betul, ‘tak perlu patahkan pun’

Kereta terbang pertama dunia akhirnya terbang di langit, buatan Malaysia ke?