Jep dipuji tak menunjuk jam harga RM89K

Jep dipuji tak menunjuk jam harga RM89K

Jep dipuji tak menunjuk jam harga RM89K. Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Jep Sepahtu asyik menjadi bualan ramai di media sosial terutamanya selepas aksi beraninya dalam Sepahtu Reunion Live baru-baru ini. Sehinggakan ramai yang terhibur melihat pelawak itu yang akhirnya menerima balasan dari isterinya, Sari Yanti gara-gara babak ‘bubur’ yang dilakonkan.

Baru-baru ini pula, tular satu hantaran di Instagram yang memaparkan jam tangan mewah yang dipakai oleh Jep dalam satu gambar. Difahamkan, Jep menggayakan jam tangan jenama Rolex Submariner Starbucks dan harganya juga bukan biasa-biasa.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Beastlab, harga jam tangan Rolex itu mencecah RM89,000 sekaligus membuatkan ramai terkejut melihat harganya. Namun tidak dinafikan, pelawak itu sememangnya memiliki kekayaan yang tinggi ditambah pula dengan reputasinya yang begitu baik dalam industri hiburan.

Jep dipuji tak menunjuk jam harga RM89K

Malah ada juga yang menganggap harga jam tangan mewah itu juga logik dan bukannya khabar angin memandangkan Jep turut memiliki kenderaan mewah Bently yang berharga lebih RM500,000. Lebih membuatkan ramai kagum ialah Jep dilihat sebagai selebriti yang tidak pernah menunjukkan kekayaan yang ada seperti selebriti lain.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memuji sikap rendah diri yang ditunjukkan pelawak itu menerusi perkongsiannya di media sosial. Malah rata-rata netizen berasa senang dengan personaliti Jep yang kekal merendah diri daripada permulaan kariernya sehinggalah berada di kemuncak seperti sekarang ini.

“Artis paling humble. Jaga keperibadian, tak pernah tunjuk harta melainkan secara spontan sahaja.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BEASTLAB™ (@beastlab_)

BACA:

Gigih pemuda ini cari waris warga emas terbiar 20 tahun, pengakhiranya buat kita nak nangis

Jep dalam fasa serius cari yang nombor 2 ni, ini buktinya

6 pemimpin muda berpengaruh di Malaysia yang perlu diberi perhatian

CATEGORIES