Jenaka “Roti John” , Menteri Itu Bukan Mohamad Sabu

Pejabat Menteri Pertahanan hari ini menjelaskan bukan Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan membuat jenaka ‘roti john’ kepada diplomat asing yang bernama John.

Setiausaha akhbarnya, Amin Shah Iskandar berkata demikian sebagai menjawab spekulasi yang timbul ekoran tulisan sebuah akhbar berbahasa inggeris hari ini.

“Bukan menteri pertahanan,” kata Amin.

“Sekiranya penulis sebut nama menteri, kami akan saman mereka, tetapi mereka tidak namakan menteri,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Nama Mohamad Sabu muncul ekoran beliau terkenal dengan kegemarannya memasak dan pernah dikaitkan dengan dengan kereta ‘roti john’ di awal pelantikannya sebagai menteri pertahanan.

Mohomad Sabu bagaimanapun telah menafikan perkara itu darinya dan mendakwa ia hanya ditimbulkan oleh nitizen.