Jemaah B40 dikenakan bayaran RM10,980, kos haji meningkat

Jemaah B40 dikenakan bayaran RM10,980, kos haji meningkat. Buat pertama kalinya, Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan dua kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah yang pertama kali mengerjakan haji bermula tahun ini.

Bayaran sebanyak RM10,980 perlu dibayar oleh jemaah daripada golongan B40 iaitu peningkatan sebanyak RM1,000 manakala bayaran sebanyak RM12,980 dikenakan bagi jemaah bukan B40 iaitu melibatkan peningkatan sebanyak RM3,000.

Pengumuman kadar bayaran tersebut adalah berikutan kos haji bagi tahun ini meningkat kepada RM25,540 seorang berbanding RM22,900 pada 2019.

Kenaikan kos tersebut atas faktor peningkatan cukai nilai tambah (VAT) Arab Saudi yang dinaikan dari kadar lima peratus kepada 15 peratus selain caj perlindungan insurans susulan pandemik Covid-19.


TONTON :

BACA:

Dalam masa 2 tahun je pemilik Bulan Bintang ni bangkit, “baru je tengok dia pikul satarika naik motor..”

PasLeaks : Hadi Awang jawab isu dokumen bocor