Jawatan jadi bahan dagangan, norma baru politik PN menjengkelkan

Norma baru politik Malaysia yang menjijikkan.

Bukan sahaja Norma Baru COVID-19, Politik Malaysia pun ada Norma Baru sempena COVID-19.

Antaranya :

1) Wakil Rakyat jadikan jawatan mereka sebagai bahan dagangan boleh lompat ke sana sini tanpa utamakan prinsip dan maruah

2) Kepentingan diri dan puak diutamakan di mana ketika pandemik COVID-19 berlaku golongan tertentu tanpa segan silu merompak kuasa.

3) Kabinet dibentuk dengan bilangan menteri dan timbalan dilantik sehingga 70 orang bukan atas justifikasi kepentingan negara dan rakyat tetapi dikatakan untuk memuaskan hati parti-parti yang membentuk kerajaan.

4) Ahli-ahli parlimen dan individu dilantik menjadi Pengerusi GLC bukan atas kompetensi dan kesesuaian tetapi atas sebab-sebab tertentu yang diragukan. Benarkan?

5) Pembentukan kerajaan pusat dan negeri bukan dari mandat rakyat tetapi ditentukan oleh duit, tawaran jawatan/pangkat dan sebagainya. Parti yang menang majoriti kerusi pun belum tentu dapat berkuasa. Betul tak?

6) Kes-kes mahkamah juga dikatakan boleh ditentukan dengan kepentingan politik. Benarkah sesiapa yang ada hubungan dengan Ahli Parlimen boleh dijadikan modal untuk menentukan keputusan mahkamah.?

Sumber :