Jawapan Adi Putra bila ditanya cara nak handsome macam dirinya bikin berdekah

Jawapan Adi Putra bila ditanya cara nak handsome macam dirinya bikin berdekah.

Nama selebriti lelaki kacak iaitu Adi Putra `sememangnya dikenali satu Malaysia dan amatlah disayangi oleh peminat

kerana sikapnya yang jelas ternyata amatlah baik serta humble.

Jawapan Adi Putra bila ditanya cara nak handsome macam dirinya bikin berdekah

Jarang-jarang kita dengari cerita negatif tentang sikap pelakon ini melalui peminat ataupun orang luar, malah ramai pula yang memuji personaliti beliau.

Seperti video yang ada di platform TikTok baru-baru ini memaparkan kemesraan Adi Putra melayan beberapa orang peminat di sebuah pusat membeli belah. Kemesraan beliau melayan peminatnya mendapat perhatian ramai pengguna hinggakan viral di platform itu.

Apa yang mencvri perhatian, melalui rakaman tersebut dapat dilihat Adi Putra secara selamba menjawab pertanyaan pemilik video yang bertanya bagaimana ingin mempunyai wajah kacak sepertinya.

“Aaaa sentiasalah berwhuduk,” kata Adi Putra melalui video.

Jawapan Adi Putra bila ditanya cara nak handsome macam dirinya bikin berdekah

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 159.1k tontonan, 16.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Adi Putra.

BACA:

Tak sangka! Rupanya bukan calang-calang tahap ilmu Menteri Agama sekarang ramai tak tahu! Pergi kerja pun naik axia je!