JASA hanya untuk agih jawatan kepada penyokong politik, membazir

JASA hanya untuk agih jawatan kepada penyokong politik, membazir

Saya antara yang bersetuju tidak ada keperluan untuk di tubuhkan semula JASA. JASA hanya tempat memberikan jawatan kepada penyokong politik. Menghabiskan wang rakyat yang tidak memberi faedah kepada rakyat ramai. Sekurangnya KEMAS ada peranannya kepada rakyat ramai.

Dahulu di panggil Bahagian Hel Ehwal Khas. Sebahagian tugasnya saperti badan perisikan politik. Memberikan latihan kepemimpinan dan tata negara dan penerangan isu semasa. Bila Barisan Nasional kalah 2018, jelaslah dari fakta dan maklumat diberikan banyak yang salah. Jika menjadi agensi Profesional dengan sikap ‘kepentingan negara’ laporan yang di perbuat mestilah tepat atau hampir tempat.

Ini tidak, berdasarkan selera pemimpin politik setempat. Kerana pegawai lantikan Ketua orang politik. Untuk maklumat perisikan gunakan sahaja Jabatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, yang 99% tidak berfungsi. Ketua Penerangan Bahagian hanya sebagai Pengacara Majlis sahaja.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian besar fungsinya dalam UMNO Bahagian. Perlantikan tidak mengikut standard yang tepat dalam tugas. Hanya kerana kroni Ketua UMNO Bahagian.

Sumber :