Semalam post pasal JASA berjaya di aktifkan semula oleh Umno dan ex staff JASA yang hari tu di shutdown yang majoritynya datang dari Ketua Pemuda Bahagian/Puteri Bahagian dan cawangan bakal menikmati semula gaji 3500/4000 sebulan. Banyak ex staff JASA yang terdiri dari Kp Pemuda dan Puteri Umno marah kenapa nak dedah tentang berita JASA di aktifkan semula oleh Umno. Mereka nk benda ni di senyapkan. Boleh macam tu?
Post kelmarin tu kita tanya ja bila JASA ni dapat balik ke Umno dan dapat gaji lumayam balik PEMUDA PAS dan ARMADA PPBM dapat apa??
Salah ka tanya macam tu? Kata Muafakat Nasional antara Umno dan PAS. Tapi Umno ja dapat. PAS tak dapat. Dah gebang punya kuat kerajaan ni kerajaan Perikatan Nasional (PAS-PPBM-Umno). Tapi semua jawatan dok pi kat Umno. Dah habis bela MP Umno, masuk level bela pula ketua bahagian Umno. Dah habis level tu ni aktifkan balik JASA dan bela pula Ketua2 Pemuda dan Puteri Umno. Gaji dapat balik 3500-4000 sebulan. Sampai ada staff JASA boleh kawin banyaklah dapat gaji ni. Kita cakap ni ada fakta tau.
Bukan kita tak tahu apa fungsi JASA ni. Mesyuarat Umno JASA akan hadir sebagai satu entiti untuk menunjukkan bagaimana “daulatnya” Umno dalam kerajaan sampai ada staff awam kerajaan kena hadir dalam meeting tersebut. Dan tu semua program anjuran Umno pun JASA kena hadir dan buat pengesahan program. Kalau JASA tak buat pengesahan tu duit claim dari ICU tak akan masuk akaun Umno. Dan fungsi JASA ni sebenarnya ialah JENTERA UMNO. Program dari pengesahan JASA tu adalah untuk program dalaman Umno dan bukan program awam. Duit tu dari Perbendaharaan dan kena lalu ICU tapi perlu pengesahan JASA baru boleh keluar ICU masuk akaun Umno. JASA ni lah di kudakan Umno untuk buat kempen daftar pengundi dan penambahan ahli Umno. Cuba fikir mai dari mana ahli Umno sampai 3.6 juta masa Umno dalam kerajaan? JASA ni lah yang menjadi agen tengah antara JPN dan semua agenci kerajaan untuk perkuat Umno. Dan staff JASA ni sapa kalau bukan dari Umno? Sebab tu lah KPemuda Umno dan KPuteri Umno ramai yang menjawat jawatan tu dan dapat gaji banyak tu. Sebab mmg itulah fungsi JASA.
Dan antara sebab JASA kena shutdown oleh Tun M adalah kerana itu juga. Buat apa kerajaan bayar gaji hasil dari tax payer money untuk staff2 JASA ni kalau kerja depa sebenarnya utk Umno? Terminate je lah.
Ni Umno berjaya aktifkan semula JASA dan ex staff JASA dari KP2 Pemuda Umno dan Puteri Umno dapat nikmati balik gaji 3-4 ribu ni.
Dah tu Pemuda Pemuda PAS ni bernilai apa? ARMADA PPBM dan SRIKANDI PPBM yang follow Abah dapat apa? Bahulu dengan kueh raya batang buruk ja kah?
Itu ja kah level korang berbanding KP Pemuda Umno dan Puteri Umno?
Itu lah pertanyaan dari kami. Salah kah apa yang kami tanya?
JASA ni diaktifkan tak lain tak bukan hanya untuk KEPENTINGAN UMNO SAJA.
Sebab tu Tun M kasi cantas awal awal. Semua ni dalam poket belakang Tun M saja. Tak payah dok thai-chi nak buat cerita sedih bagai. Masa kawin 2-3 guna gaji ni semasa pulun bagi Umno kuat ada fikir halal ke tidak hasil gaji tu? Tahu tak duit hasil gaji tu datang dari SERATA RAKYAT PEMBAYAR CUKAI DALAM NEGARA?
Sumber: