Janna Nick komen kek viral Mita, siap bagi rate 3/10 yang lain lagi sedap

Oleh NADIA HARON

Pelakon dan pengacara, Janna Nick terkenal dengan sikap jujurnya ketika membuat penilaian rasa makanan yang dimakan.

Terbaru, Janna dan suami, Dini Schatzamann berpeluang merasai keenakan kek butter cheese dari Sarawak yang sedang viral.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna berpendapat testur kek itu agak kering dan rasa yang biasa saja.

Janna Nick komen kek viral Mita, siap bagi rate 3/10 yang lain lagi sedap

Bagi Janna, kek itu terlalu manis untuk tekaknya yang bukan penggemar kek.

Rasa dia kan biasa saja. Sorry ye orang Sarawak, jangan marah saya. Saya pernah try butter cake yang lebih sedap dari ini.

Tapi kek ini tak oily. Saya rasa kek ini manis. Saya tak rasa premium butter.

Saya tak rasa feel nak makan lagi sekali. Mungkin taste saya lain, yang lebih moist. Ini kering.

@jannanickofficialsorry jangan marah ok 🙏 kalau cake lover maybe boleh percaya review Dini

♬ original sound – jannanick95

Susulan itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberikan ‘rate’ 3/10 manakala Dini pula dilihat ‘kena dengan tekak’ apabila penilaiannya agak tinggi iaitu 7.5/10.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terima dengan ulasan pelakon drama Melastik Ke Hatimu kerana setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza.

BACA: “Masa ayah nak kahwin lain, ayah halau kami suruh merempat, bila dia meninggal, mak sedara kata ibu kena jaga anak arwah, dah kenapa mak aku pula kena!”