Jangkitan Covid-19 di Wilayah Persekutuan terkawal

Jangkitan Covid-19 di Wilayah Persekutuan terkawal. Tiada trend luar biasa jangkitan Covid-19 dikesan di Wilayah Persekutuan ketika ini dan keadaan adalah terkawal.

Perkara itu disahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Annuar dilantik Menteri Wilayah Persekutuan covid

Annuar menjelaskan, majoriti kes yang dikenal pasti adalah daripada saringan yang dibuat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar iaitu 18.5 peratus yang secara umumnya telah mula bertambah baik.

Menurutnya, sebahagian lagi adalah daripada kes kontak rapat positif iaitu 52 peratus yang disumbang oleh pesakit gagal mematuhi peraturan kuarantin dalam rumah sendiri.

“Manakala 24 peratus lagi adalah kes sporadik dalam kalangan komuniti. Berdasarkan 1,598 kes yang direkodkan semalam, 1,417 individu dijangkiti adalah warganegara dan 181 bukan warganegara,” katanya.

Katanya, saringan di kawasan PKPD menyumbang kepada 300 kes positif di mana lebih separuh adalah jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah.

Sementara itu, Annuar berkata, majikan dan warga Kuala Lumpur hendaklah menyegerakan proses penvaksinasian selaras dengan dasar dan matlamat mencapai 80 peratus menjelang bulan Ogos bagi Kuala Lumpur.

“Secara keseluruhannya keadaan di Wilayah Persekutuan adalah terkawal dan dijangkakan kes akan menurun pada minggu hadapan hingga akhir bulan Julai dengan pencapaian peratusan suntikan vaksin yang tinggi di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/kes-jangkitan-covid-19-di-wilayah-persekutuan-masih-terkawal/

BACA JUGA : Ziarah rumah Pak Lah, Annuar Musa kena kompaun