“Jangan terlalu mencintai suami, tetapi..” – Datin Alyah

Datin Alyah berpendapat bahawa pasangan suami isteri dapat peroleh keharmonian dalam rumah tangga

Selepas tukar niat daripada mencintai pasangan kepada mencintai Allah SWT.

Isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu juga berkata rumah tangga mereka pada awalnya melalui pelbagai dugaan dan kini menemui kebahagiaan buatkan dia rasa bersyukur.

"Jangan terlalu mencintai suami, tetapi.." - Datin Alyah

Saya sentiasa berdoa dan siapa sangka rumah tangga yang mulanya dibina penuh ribut taufan, tsunami dan pelbagai lagi, tetapi Allah akhirnya bagi kegembiraan dan keharmonian rumah tangga.

Alyah juga akui dirinya kurang bermain media sosial apatah lagi berkongsi perihal rumah tangganya bersama suami secara umum kerana berpendapat tidak semua orang akan suka apa yang kita kongsi.

Tidak perlu beritahu semuanya pada orang, saya sendiri pernah buat kesilapan itu. Kesilapan itu yang buat saya belajar, tidak boleh buat sebegitu lagi apatah lagi umur semakin meningkat.

BACA: “Mertua paksa kami duduk sekali, baru 3 hari kahwin keluar perangai puaka, habis semua diungkit, duit hantaran habis kat aku je, dia tak tahu duit hantaran tu kongsi”