Jangan serah bulat-bulat urusan banjir, bencana kepada NADMA – Menteri

Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA) tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, NADMA juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

“Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada NADMA. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.”

Jangan serah bulat-bulat urusan banjir, bencana kepada NADMA - Menteri

Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada NADMA di peringkat pusat.”

“Kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan Ketua Jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini,” katanya dalam sesi menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen, hari ini.

Tambah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Untuk rekod, menurut perisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Latiff menerima sekitar RM89,900 dalam bentuk bentuk gaji dan imbuhan setiap bulan.

BACA JUGA : Tanpa arahan NADMA, tentera nekad turun bantu mangsa banjir terperangkap
Akta 342 ditangguhkan, penting untuk dapatkan penerimaan rakyat – KJ

CATEGORIES