"Jangan sentuh saya!" - Selamba Ryan Bakery sound Wafariena dalam live show

“Jangan sentuh saya!” – Selamba Ryan Bakery sound Wafariena dalam live show

“Jangan sentuh saya!” – Selamba Ryan Bakery sound Wafariena dalam live show. TikTokers yang semakin menempa nama dalam industri hiburan tempatan, Ryan Bakery semalam ada membuat kemunculan dalam rancangan komedi popular, Sepahtu Reunion Live 2022.

Bertindak sebagai ‘cameo’, Ryan membawa peranan sebagai Aman, seorang budak sekolah yang kurang bernasib baik, sama seperti watak video-video TikToknya yang menjadi tular di media sosial.

Dalam episod semalam, antara pelakon yang turut membuat kemunculan adalah Wafariena sebagai Cikgu Nadia.

Namun, dalam keriuhan program tersebut dengan gelak tawa penonton, terdapat satu babak yang membuatkan penonton dan netizen teruja selain berharap agar sikap yang ditonjolkan Ryan itu dapat kekal sampai bila-bila.

VIDEO:

@novello00 Member dh meleleh 🤣 #rwyfb #series ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

"Jangan sentuh saya!" - Selamba Ryan Bakery sound Wafariena dalam live show

Ryan dilihat spontan mengeluarkan dialog dan meminta Wafariena agar tidak memegangnya ketika mereka berdua hampir bersentuhan.

Jangan pegang saya cikgu

Menjengah ke ruangan video yang kemudiannya menjadi tular di TikTok itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan lelaki itu yang cuba menjaga batas ketika sedang berlakon.

Dalam pada itu, ramai juga yang teruja apabila melihat kemunculan Ryan Bakery dan sahabat baiknya, Wanchai dalam rancangan itu meskipun hanya sekadar cameo.

Ryan Bakery yang kini duta produk minuman Bubblebee milik Shuib Sepahtu mula mencuri tumpuan netizen apabila video TikToknya yang mengetengahkan topik dan kenangan pada tahun 90-an telah mengumpul peminatnya yang tersendiri.

BACA:

White House kena panah petir, 3 maut

Laporan dakwa PDRM terlibat manipulasi wacana awam

Budak umur 17 tahun dari Shah Alam terima gaji RM14,000 sebulan

CATEGORIES