Pemuda MIC mempertahankan poster Menteri Sumber Manusia M Saravanan, yang turut menggunakan tulisan Tamil, sempena sambutan ulang tahun ke-74 RTM.
Ketua Pemuda MIC R Thinalan menggesa pengkritik juga bermain politik dalam isu-isu yang remeh.
“Usahlah bermain politik di dalam perkara remeh sebegini tatkala rakyat dan negara mengharungi cabaran wabak Covid-19,” katanya.
Pada 1 April, dalam e-poster, Saravanan yang juga timbalan presiden MIC mengucapkan tahniah sempena ulang tahun badan penyiaran negara itu menggunakan bahasa Melayu dan Tamil.

Sementara itu, Thinalan berkata penggunaan tulisan Tamil itu sekadar terjemahan kepada ayat berbahasa Melayu.
“Jika diteliti, Bahasa Melayu diberi keutamaan, dan Bahasa Tamil pula sekadar terjemahan langsung ucapan tersebut.
“Jelas ternyata pejabat Menteri Sumber Manusia tiada niat tersirat di dalam perkara ini, hanya sekadar mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/518566