‘Jangan pertikai kebolehan Muhyiddin’ Gerakan bidas Pas, henti berangan kerusi PM

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN),

Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah calon gabungan itu untuk jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, pengalaman luas Muhyiddin, sifat kepimpinan yang dimiliki,

serta sokongan padu daripada PN menjadikannya pilihan terbaik.

“Tidak perlu kita mempertikaikan perkara ini. Beliau memiliki pengalaman, kepimpinan, dan sokongan daripada PN.

'Jangan pertikai kebolehan Muhyiddin' Gerakan bidas Pas, henti berangan kerusi PM

Pendekatannya yang sederhana serta keutamaan kepada perpaduan menjadikannya calon yang sesuai sebagai ‘poster boy’ PN,” kata Lau dalam satu kenyataan.

Kenyataan ini dibuat susulan ulasan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, yang menyatakan bahawa PAS lebih layak mengetuai PN berdasarkan bilangan kerusi dan kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hakikatnya, untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, kita memerlukan 112 kerusi, bukan sekadar 43 atau 50 kerusi,” tegas Lau.

Dalam PN, PAS memiliki bilangan kerusi terbanyak, diikuti oleh Bersatu, manakala Gerakan tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen.

Lau turut menegaskan bahawa pandangan dan pendapat setiap pihak dalam PN dihormati, namun keputusan akhir bergantung kepada majlis tertinggi gabungan itu.

“Jika keputusan dibuat hanya berdasarkan jumlah kerusi, sudah tentu DAP telah mencalonkan seseorang untuk jawatan Perdana Menteri. Kita perlukan kerjasama dan strategi gabungan untuk mencapai angka majoriti 112 kerusi,” tambahnya.

Lau menyeru agar fokus utama PN adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, merangka strategi berdepan lawan politik, dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah perikatan yang kukuh.

BACA: Mesin ATM bakal alami nasib yang sama macam pondok telefon, ini sebabnya