Jangan lupa semak arah kiblat esok, matahari tepat atas kaabah

Jangan lupa semak arah kiblat esok, matahari tepat atas kaabah. Semakan ketetapan arah kiblat khususnya di kediaman masing-masing boleh dibuat esok, bermula jam 5.10 petang hingga 5.35 petang susulan peristiwa Istiwa A’dzam.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, Istiwa A’dzam yang akan berlaku pada 5.18 petang esok merupakan satu peristiwa yang kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah,

 

masyarakat di Selangor berpeluang membuat semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang daripada objek yang tegak.

Jangan lupa semak arah kiblat esok, matahari tepat atas kaabah

“Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula jam 5.10 petang hingga 5.35 petang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA:

Cacar Monyet : KJ umum akan beri vaksin pada rakyat Malaysia

Kerajaan akan umum pengeluaran khas KWSP 2.0?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)