Memang betul Tun Mahathir telah letak jawatan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan. Tiada siapapun nafikan cuma jangan buat-buat lupa apa yg berlaku sebelum Tun letak jawatan..
Jangan buat-buat lupa pada 23 Feb Bersatu mengadakan mesyuarat luar biasa di ibu pejabatnya di Menara Yayasan Selangor di Petaling. Pada 24 Feb, Presiden Bersatu umumkan Bersatu keluar PH hasil keputusan mesyuarat tersebut. Keputusan itu tidak dipersetujui dan membelakangi Tun.
Jangan buat-buat lupa PAS dan UMNO mengadakan meeting di Janda Baik, Pahang dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur pada tarikh yg sama 23 Feb 2020. Semua itu atas tujuan antaranya menjayakan Langkah Sheraton.
Jangan buat-buat lupa sebelum itu dan ketika itu tersebar berita pengkhianatan sedang berlaku dan akan tertubuh sebuah kerajaan campuran yang baharu di Parlimen Malaysia. Beberapa pimpinan Bersatu dan PKR berusaha untuk jatuhkan kerajaan PH sendiri. Bukankah perjumpaan telah diatur melibatkan pimpinan pembangkang sendiri?
Jangan buat-buat lupa pada 23 Feb juga di Hotel Sheraton pengkhianat mandat rakyat dalam Bersatu dan PKR telah berkumpul dengan sokongan pembangkang PAS, UMNO, MCA, MIC dll atas dasar mahu khianati dan mengistiharkan kerajaan campuran baru.
Jangan buat-buat lupa setelah semua itu berlaku pada tengahari 24 Februari, barulah Tun menghantar surat perletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dari apa yg dinyatakan di atas, 3 faktor utama kejatuhan kerajaan PH ialah pertama pengkhianatan dilakukan oleh beberapa pimpinan PKR dalam PH sendiri. Kedua sokongan terhadap pengkhianatan itu oleh barisan pembangkang PAS, UMNO dll. Ketiga Bersatu istihar keluar gabungan PH.
Dengan 3 faktor tersebut kerajaan PH sudah tidak stabil. Jika Tun tidak meletak jawatan sekalipun kerajaan PH pada masa itu seperti telor dihujung tanduk. Sudah tentu akan berlaku selepas itu siri mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan SD blok parti masing masing dan mendakwa mempunyai mejoriti.
Jika tidak berlaku pengkhianatan pimpinan PH sendiri dan pembangkang tidak menyokong pengkhianatan tersebut Langkah Sheraton tidak akan berjaya. Kejayaan Langkah Sheraton ialah apabila pengkhianat, penunggang agama dan perompak saling sokong menyokong antara satu sama lain.
Apabila sebuah kerajaan dibina atas asas pengkhianatan, tanpa mandat rakyat dan juga tanpa pilihanraya, apa salahnya kerajaan tersebut dipanggil kerajaan pintu belakang ? Bahkan Haji Hadi sendiri memanggilnya kerajaan Tebuk Atap. Itulah selayaknya nama bagi sebuah kerajaan terbentuk sebegitu. Tiada alasannya lagi…
Nadzmi Al Auzaei
Sumber: