Jangan jadikan Parlimen macam ‘zoo’

MP

Jangan jadikan Parlimen macam ‘zoo’. Rakyat Malaysia berharap agar ahli-ahli parlimen menjaga adab dan tatasusila di dalam Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Khas Parlimen yang membuka tirai hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menyeru semua Ahli Parlimen agar berhujah dengan bijaksana, bersantun dan berfakta.

“Alhamdulillah, Parlimen mula bersidang hari ini dan kami rakyat Malaysia amat berharap agar ahli-ahli Parlimen tidak lagi buat perangai Zoo seperti sebelum ini.

Tampil dengan laman mikro yang akan berkongsi sisi berbeza apa yang berlaku di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen

“Berhujahlah dengan bijaksana, santun dan berfakta. Jika kami nak tengok monyet kami ke Zoo bukan di Parlimen,” katanya melalui ciapan di Twitter, pada Isnin.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi.

Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat, pada akhir mesyuarat kelak.

Semasa sesi penerangan itu, Ahli Parlimen akan diberikan ruang untuk meminta penjelasan dan mengemukakan pandangan sebelum menteri memberi jawapan berhubung isu yang dibangkitkan.

Sebanyak 12 dokumen merangkumi tiga Proklamasi Darurat dan sembilan Ordinan Darurat akan dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, mulai hari ini sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-khas-parlimen-ahli-parlimen-diminta-tidak-buat-perangai-zoo-hussamuddin-310405

jika Terlepas: Panas !!! Anwar bidas speaker, jangan ‘berselindung’ di sebalik peraturan

 

COMMENTS

Wordpress (0)