Jangan jadi katak, pesan pemimpin Umno kepada Syed Saddiq

Jangan jadi katak, pesan pemimpin Umno kepada Syed Saddiq.  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disaran mencontohi kekuatan dan kecekalan Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa berulang alik ke mahkamah jika pertuduhan terhadapnya satu pendakwaan politik,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Menurut Puad, “jika benar, pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah “political motivated”, kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri”.

“Sekarang kamu rasa musibah “political persecution”. Dulu kamu hina Najib berbagai.

“Kamu contohi Najib Razak. Be strong. Jangan goyang dan jangan masuk kluster katak, walau terpaksa turun naik mahkamah,” pesan Puad.

Tambah beliau walaupun berbeza ideologi politik namun perjuangan mesti berlandaskan prinsip.

pemimpin

“Saya UMNO, kamu MUDA. Kamu Ketua MUDA. Kamu kini berpeluang membuktikan kemudaan perjuangan kamu yang teruji tetapi berprinsip.Jangan jadi macam Xavier,” bidas beliau.

Terdahulu Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada dan Menteri Belia dan Sukan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dana milik Armada Bersatu.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, pada 6 Mac 2020, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Armada melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana berjumlah RM1 juta.

Beliau membuat pengeluaran dana berkenaan melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Berita Penuh :https://suara.tv/22/07/2021/syed-saddiq-akan-jadi-pemimpin-besar-jika-tak-jual-diri-jadi-katak-puad/

jika Terlepas: 14 juta dos Sinovac akan mula dijual kepada pihak swasta dan negeri – TPM

COMMENTS

Wordpress (0)