Jalil Rashid kini bos Tony Blair Institute

Jalil Rashid kini bos Tony Blair Institute

Jalil Rashid kini bos Tony Blair Institute. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Berjaya Corporation Bhd, Abdul Jalil Rasheed, dilantik sebagai Pengarah Urusan (MD) Tony Blair Institute for Global Change.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Abdul Jalil berkata, bermula pertengahan September, beliau akan menyertai Tony Blair Institute sebagai Pengarah Urusan untuk membina perniagaan firma Asia firma selain menasihatkan kerajaan luar mengenai pelbagai isu.

“Saya akan berpindah ke Singapura bersama keluarga untuk menerima jawatan ini,” katanya.

Tony Blair Institute for Global Change, ditubuhkan pada 2016, beribu pejabat di United Kingdom (UK) dan mempunyai lebih 450 kakitangan di lebih 20 negara merentasi empat benua.

Jalil Rashid kini bos Tony Blair Institute

Institut itu adalah pertubuhan bukan berasas keuntungan yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, yang juga Pengerusi Eksekutif organisasi berkenaan.

Misi institut itu adalah membantu pemimpin politik membina masyarakat yang terbuka, terangkum dan makmur dalam dunia yang semakin saling berhubung.

Abdul Jalil, 40, mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam pelaburan dan kepimpinan perniagaan.

Mac lalu, Abdul Jalil meletakkan jawatan sebagai CEO Berjaya Corp, hanya setahun selepas memegang jawatan itu.

Abdul Jalil sebelum itu dilantik sebagai Presiden dan CEO PNB pada 1 Oktober 2019.

BACA:

Anak Rosmah setuju ibunya dikenakan hukuman, cerita hal sebenar

“Lebih baik bunuh saya!”, jerit Rosmah selepas dibaca hukuman

CATEGORIES