JAKIM sedia beri sokongan emosi kepada Sajat

JAKIM sedia beri sokongan emosi kepada Sajat.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia membantu daripada aspek bimbingan dan sokongan emosi kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali umum sebagai Nur Sajat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, bimbangan serta sokongan emosi berkenaan akan dilakukan apabila usahawan kosmetik itu selesai melalui proses undang-undang.

“Kami juga menyokong usaha untuk membawa pulang (ektradisi) Muhammad Sajjad (Nur Sajat) supaya membolehkan proses undang-undang dapat dilaksanakan seadilnya untuk semua pihak.

“Jakim dengan fungsi yang ada akan sentiasa menyantuni semua pihak termasuk golongan transgender bagi memastikan hak mereka dipenuhi mengikut hukum syarak dan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz berkata, Jakim juga berharap masyarakat dapat bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mendepani isu ini.

Harian Metro semalam melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

JAKIM

Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/757186/jakim-sedia-bimbing-beri-sokongan-emosi-kepada-sajat

BACA: Panas !!! Sajat cabut lari naik kontena

COMMENTS

Wordpress (0)