Jadi punca perbalahan rakyat Malaysia, akhirnya Google jawab punca kesilapan nilai tukaran matawang

Google Malaysia telah memohon maaf atas kesilapan pertukaran nilai mata wang dolar Amerika Syarikat dan Ringgit Malaysia yang telah menggemparkan rakyat Malaysia minggu lepas.

Pihak Google menyampaikan permintaan maaf tersebut melalui balasan kepada Bank Negara Malaysia (@BNM_official) dalam ciapan yang dibuat semalam.

Syarikat teknologi tersebut juga telah menghubungi pihak ketiga yang terlibat dalam kesilapan ini untuk memperbetulkannya.

Jadi punca perbalahan rakyat Malaysia, akhirnya Google jawab punca kesilapan nilai tukaran matawang

Mereka menjelaskan bahawa masalah berkaitan kadar pertukaran antara kedua-dua matawang tersebut telahpun diselesaikan.

“Masalah ini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku,” jelas Google.

Baca Artikel Penuh