Jadi duta bengkung, Sherry Al Hadad teruk kena 'body shaming'

Jadi duta bengkung, Sherry Al Hadad teruk kena ‘body shaming’

Jadi duta bengkung, Sherry Al Hadad teruk kena ‘body shaming’. Semua sedia maklum, pelakon dan pengacara Sherry Al-Hadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad mengalami penurunan berat badan baru-baru ini sehingga berjaya menarik perhatian netizen.

Namun begitu, berbeza pula kali ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @azlinda.alin di laman TikToknya, Sherry yang sedang berjalan di karpet merah sambil memakai ‘wondersuit’ atau bengkung mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Gemuk je aku tengok!
Pujian yang diberikan oleh azlinda di ruangan kapsyennya, “Sherry nampak lebih kurus dan ada bentuk” telah mendapat kritikan netizen dimana mereka tidak bersetuju dengan apa yang didakwa olehnya.

Jadi duta bengkung, Sherry Al Hadad teruk kena 'body shaming'

Malah, netizen menganggap hanya pinggang Sherry kelihatan kecil disebabkan oleh ‘wondersuit’ yang dipakainya dan saiz badannya itu tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal sama seperti dahulu.

Takpelah, Sherry tetap cantik!
Bagaimanapun, disebalik komen negatif yang berunsurkan ‘body shaming’ itu, ada juga netizen yang memuji kecantikkan serta menitipkan kata-kata semangat buat pengacara yang berusia 38 tahun itu meskipun dia kelihatan mengalami peningkatan berat badan berbanding sebelum ini.

Kurus atau gemuk, kita sebagai netizen perlu jaga kata-kata yang keluar daripada mulut kita untuk menjaga perasaan orang lain. Kita perlu ingat, ‘body shaming’ adalah salah satu jenayah di sisi undang-undang.

Apa yang penting, tubuh badan kekal sihat dan bersemangat untuk melakukan rutin harian.

@azlinda.alin @sherry_alhadad nampak lebih kurus dan ada shape 🥰 #jovian #jovianwondersuit #korset #fyp #wondersuit #foryoupage ♬ nhạc nền – ʙᴀʀ ᴄʟᴜʙ

BACA:

Guru cabul pelajar perempuan sekolah rendah, buat dalam kelas

Asyraf Wajdi dakwa satu lagi dokumen rahsia LCS akan didedahkan

Aksi Hairul Azreen selamatkan anaknya jadi tular, “dah macam paskal!”

CATEGORIES