Izham turun padang di Pandan Indah ziarah rakyat dilanda kesulitan

Program ziarah kasih Dun Pandan Indah diteruskan lagi pada minggu ini.

Antara yang diziarahi ialah rumah Puan Rosnani, suaminya telah meninggal dunia pada minggu yang lalu. Saya juga telah menyerahkan khairat kematian sebanyak RM500 kepada beliau.

Selepas itu, saya menziarahi En Mohd Yatim yang menghidapi penyakit tulang belakang serta kencing manis. InsyaAllah, saya telah mengarahkan Pusat Khidmat Masyarakat Pandan Indah agar membantu En Mohd Yatim memudahkan keperluannya.

Saya juga menziarahi Pn Zuraidah di Kg Cheras Baru, beliau yang masih menjalani rawatan kanser di hospital kini terlantar di rumah dan dijaga oleh ahli keluarganya.

Sebanyak empat buah rumah di flat 940, Pandan Indah juga diziarahi oleh saya, pasukan Pusat Khidmat dan Pn Norhayati Ahli Majlis Zon 18.

Alhamdullilah, dengan program ziarah kasih ini saya dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka ini. Saya doakan agar mereka semua sembuh dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan.

Sumber :