Izara Aishah rancang tambah anak dua tahun lagi tapi masalahnya “Yang kedua buas betul”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Izara Aishah merancang untuk menambah anak ketiga dalam masa dua tahun akan datang.

Pada usia 31 tahun ini, dia sedang memberi tumpuan kepada anak keduanya, Amara Amina.

“Dalam dua tahun lagi, Insya-Allah kita tengok bagaimana. Saya bersyukur memiliki sokongan suami dan keluarga yang begitu besar,” katanya.

Izara, yang memiliki dua orang anak perempuan, menjelaskan tentang hubungan mereka yang rapat.

“Anak-anak saya sangat akrab. Irisa tidak pernah cemburu dan sangat melindungi adiknya.

Izara Aishah rancang tambah anak dua tahun lagi tapi masalahnya “Yang kedua buas betul”

Yang sulung sangat sensitif dan lembut, sementara yang kedua sangat aktif!”

Izara berkongsi perasaannya dalam sesi temu bual dengan Mingguan Wanita yang dimuat naik di TikTok. Baginya, menjadi seorang ibu bukanlah perkara mudah, terutama dengan tanggungjawab perniagaannya yang perlu diuruskan.

“Walaupun penat, saya tetap bahagia dengan rutin harian saya. Tugas seorang ibu bukan main-main, terutamanya bila ada perniagaan dan keluarga untuk diuruskan. Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan semuanya,” katanya.

Izara juga menekankan tentang kebahagiaannya dalam peranan sebagai ibu. “Jujur, kita tidak pernah cukup tidur, terutama selepas bayi lahir. Tapi kita hadapi dengan tabah. Saya bersyukur kerana setiap usaha pasti mendapat ganjaran. Saya tidak pernah merungut, sebaliknya saya sangat gembira,” katanya.

Izara dan suaminya, Adib Khalid, mengikat tali pertunangan pada 17 November 2017. Selain Amara, mereka juga diberkati dengan seorang lagi anak perempuan, Irisa Alaia, yang kini berusia 4 tahun.

BACA: Peniaga durian tak pakai baju, tiada niat tayang badan sado ramai wanita yang berhenti membeli